CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 24 April 2012

Puding roti kukus + sos kastad

Situasi ini berlaku pada 12 & 13 April 2012....

Morning...morning...

Setelah sekian lama nana mencari sape yg ada jual puding roti tp tidak ku temui.Setelah itu telah ku nekadkan diri untuk membuatnya sendiri. sibukla cari resipi kat google. Akhirnya ketemu yg sesuai mengikut jiwa. Meh ikut nana menghayati betapa berlikunya cabaran utk membuat puding roti kukus nie..TERsangatla mencabar

Hari pertama

After werk terus gie Giant, Shah Alam untuk membeli brg2 untuk wat puding roti. Siap bwk list tp sampai umah double chk balik bahan2nye main thing TERLUPE nak beli iaitu roti..arghhhhhhhh TIDAKKKKKK
Tue la excited sgt smpai roti pun lupe nak beli..dah nama puding roti..kalo xde roti xleh la nak wat... so terpaksa simpan bahan2 tersebut & redha seadanya..... Tetap xputus asa..sok benda pertama yg nana beli ialah ROTI... oklah, mlm tue tido dalam keadaan xpuas hati diatas KELUPAAN sendiri..

Hari Kedua 

Puas hati...sampai opis terus singgah 7 Eleven beli roti gardenia. Xsabar nak tgu kul 6 ptg.. Pulak dah hr tue masa cam lambat berlalu. Keje pun banyak. Sengaja membizikan diri supaya mata tak tengok jam kat pc.
Akhirnya masa yg dinanti telah tiba. Tidak melengahkan diri..tutup pc, punch card & terus balik. Sampai umah dalam kul 6.58 ptg. Apalagi keluarkan semula bahan2 untuk membuat puding roti..

Bahan2nya ialah :-

1. Roti (apa jenama pun xkesah - 4 or 5 keping)
2. Susu cair (1 tin)
3. Esen vanila (1 sudu teh)
4. Telur (2 biji)
5. Butter (untuk sapu kat roti)
6. Gula (2 sudu besar)
7. Kismis or coklat chips
8. Serbuk kayu manis (kalo korang xsuka xpayah)

Bahan2 Sos Kastad :-

1. Gula (3 sudu besar)
2. Susu cair or Susu Gooday
3. Tepung kastad (2 sudu)

Cara membuatnya :-

1. Panaskan PENGUKUS
2. Campurkan gula, susu cair, telur & esen vanila, pukul sehingga kembang
3. Sapu butter pada roti, kemudian potong tiga segi or empat segi (ikut loyang korang la)
4. Susun roti lapisan pertama, tabur kismis
5. Susun roti lapisan kedua, tuang campuran *2* td sampai tutup roti
6. Tabur kismis & serbuk kayu manis
7. Masukan kedalam pengukus selama 20-25 minit
8. Pas masak, sejukan seketika dan kemudian masukkan kat peti ais

Sos kastad plak :-

1. Campur gula dan susu, pukul hingga kembang
2. Masukan tepung kastad  n pukul sehingga rata
3. Masakan diatas api yg sangatttt kecil & pastikan tidak pekat (xsampai 3 minit pun)
4. Tuangkan kedalam mangkuk dan sejukkan seketika

Senang kan, masa nana buat nie xberpeluh pun..hihihi.. Akhirnya dapat gak nana makan puding roti kukus ngan sos kastad buatan sendiri... cam xpercaya jew tp percayalah. Inilah hasil & buktinya....




Tiada ulasan: