Hari Jumaat lepas bersamaan 20/04/2012, dengan rela & ikhlas hati pegi derma darah. Rasa berdebar2 tp dah ada niat harap xjadi apa2 lor. Kali terakhir wat keje kebajikan nie masa kat uitm dulu.
Sampai kat tempat kejadian, kena isi borang (soalan2 cam exam paper SPM). Isi borang ngan bersungguh2 dan penuh confident pastu bagi balik kat Cik penyambut tetamu td. pas dia semak ala kadar sambil berborak ngan Encik penyambut tetamu (kalo la nana tau dia semak ala kadar, mmg nana isi borang td ala kadar jew..huh!) dia suruh masuk bilik yg telah disediakan.
Aku ingat terus kena derma, rupa2nya ada Cik Misi nak kena check jenis darah.
Nana - "Cik misi xpayahla check sbb darah saya jenis "O"..berkata ngan penuh yakin
Dengan penuh kesopanan & kesusilan Cik Misi mereply balik
Cik Misi - "Tak boleh, saya kena check jugak, jgn risau xsakit pun cam kena gigit semut.."
Dengan penuh debaran Cik Misi pun berkata
Cik Misi -" Eh, darah awak jenis B bukan O..."
Pastu ngan perasaan xpuas hati nana pun reply
Nana - "Biar btul, darah saya jenis O, xkan darah leh tukar2 plak..?"
Cik Misi - "Takpe, kita check sekali lg..."
1 minit kemudian....
Cik Misi - "Cik Nana darah awak konfem jenis B.." sambil dia senyum2 sinis kat aku dan bagi sebuah buku merah yg sgt comey...
Walaweiii...dah 29 tahun aku hidup baru ku tahu darah yg mengalir ditubuhku ini jenis B.
Patutla masa study dulu subjek matematik / add math, accounting sume asyik dapat B.(motippp??)Selepas segala proses mengenal pasti yg nana bebas dari segala penyakit berjangkit so tibalah giliran untuk menderma darah. Dengan niat semoga dapat membantu insan yg memerlukan..Cik Misi td pun cucuk jarum & mulalah proses pengambilan darahku sebanyak 450ml.
Tapikan rasanya pasni dah xmo derma darah lg sebab kesannya sgt menyakitkan.nak tau sebab apa?
Niela puncanya... Tangan nana dah xcomey. Camne nak hilangkan nie????..uuuwaaaaaaa Nana serikkkkkkkkkkkkkkk tapi IKHLAS!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan