CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 25 April 2012

SABAR ITU INDAH

Hari Rabu, 25/04/2012...

Alhamdulillah..nana bersyukur ke-hadrat Illahi dengan rezeki yg diberikan-Nya.
Di atas berkat kesabaran akhirnya terjawab sudah segalanya...
Penantian telah berakhir dengan kesudahan yg mengembirakan.

Terima kasih Allah SWT kerana makbulkan doaku.

Amin.

Selasa, 24 April 2012

Kusangkakan "O" rupanya "B"

Blood donation katanya (terENGLISH plak...)...

Hari Jumaat lepas bersamaan 20/04/2012, dengan rela & ikhlas hati pegi derma darah. Rasa berdebar2 tp dah ada niat harap xjadi apa2 lor. Kali terakhir wat keje kebajikan nie masa kat uitm dulu.
Sampai kat tempat kejadian, kena isi borang (soalan2 cam exam paper SPM). Isi borang ngan bersungguh2 dan penuh confident pastu bagi balik kat Cik penyambut tetamu td. pas dia semak ala kadar sambil berborak ngan Encik penyambut tetamu (kalo la nana tau dia semak ala kadar, mmg nana isi borang td ala kadar jew..huh!) dia suruh masuk bilik yg telah disediakan.

Aku ingat terus kena derma, rupa2nya ada Cik Misi nak kena check jenis darah.
Nana - "Cik misi xpayahla check sbb darah saya jenis "O"..berkata ngan penuh yakin
Dengan penuh kesopanan & kesusilan Cik Misi mereply balik
Cik Misi - "Tak boleh, saya kena check jugak, jgn risau xsakit pun cam kena gigit semut.."
Dengan penuh debaran Cik Misi pun berkata
Cik Misi -" Eh, darah awak jenis B bukan O..."
Pastu ngan perasaan xpuas hati nana pun reply
Nana - "Biar btul, darah saya jenis O, xkan darah leh tukar2 plak..?"
Cik Misi - "Takpe, kita check sekali lg..."
1 minit kemudian....
Cik Misi - "Cik Nana darah awak konfem jenis B.." sambil dia senyum2 sinis kat aku dan bagi sebuah buku merah yg sgt comey...

Walaweiii...dah 29 tahun aku hidup baru ku tahu darah yg mengalir ditubuhku ini jenis B.
Patutla masa study dulu subjek matematik / add math, accounting sume asyik dapat B.(motippp??)
Selepas segala proses mengenal pasti yg nana bebas dari segala penyakit berjangkit so tibalah giliran untuk menderma darah. Dengan niat semoga dapat membantu insan yg memerlukan..Cik Misi td pun cucuk jarum & mulalah proses pengambilan darahku sebanyak 450ml.


Tapikan rasanya pasni dah xmo derma darah lg sebab kesannya sgt menyakitkan.nak tau sebab apa?


Niela puncanya... Tangan nana dah xcomey. Camne nak hilangkan nie????..uuuwaaaaaaa Nana serikkkkkkkkkkkkkkk tapi IKHLAS!


Puding roti kukus + sos kastad

Situasi ini berlaku pada 12 & 13 April 2012....

Morning...morning...

Setelah sekian lama nana mencari sape yg ada jual puding roti tp tidak ku temui.Setelah itu telah ku nekadkan diri untuk membuatnya sendiri. sibukla cari resipi kat google. Akhirnya ketemu yg sesuai mengikut jiwa. Meh ikut nana menghayati betapa berlikunya cabaran utk membuat puding roti kukus nie..TERsangatla mencabar

Hari pertama

After werk terus gie Giant, Shah Alam untuk membeli brg2 untuk wat puding roti. Siap bwk list tp sampai umah double chk balik bahan2nye main thing TERLUPE nak beli iaitu roti..arghhhhhhhh TIDAKKKKKK
Tue la excited sgt smpai roti pun lupe nak beli..dah nama puding roti..kalo xde roti xleh la nak wat... so terpaksa simpan bahan2 tersebut & redha seadanya..... Tetap xputus asa..sok benda pertama yg nana beli ialah ROTI... oklah, mlm tue tido dalam keadaan xpuas hati diatas KELUPAAN sendiri..

Hari Kedua 

Puas hati...sampai opis terus singgah 7 Eleven beli roti gardenia. Xsabar nak tgu kul 6 ptg.. Pulak dah hr tue masa cam lambat berlalu. Keje pun banyak. Sengaja membizikan diri supaya mata tak tengok jam kat pc.
Akhirnya masa yg dinanti telah tiba. Tidak melengahkan diri..tutup pc, punch card & terus balik. Sampai umah dalam kul 6.58 ptg. Apalagi keluarkan semula bahan2 untuk membuat puding roti..

Bahan2nya ialah :-

1. Roti (apa jenama pun xkesah - 4 or 5 keping)
2. Susu cair (1 tin)
3. Esen vanila (1 sudu teh)
4. Telur (2 biji)
5. Butter (untuk sapu kat roti)
6. Gula (2 sudu besar)
7. Kismis or coklat chips
8. Serbuk kayu manis (kalo korang xsuka xpayah)

Bahan2 Sos Kastad :-

1. Gula (3 sudu besar)
2. Susu cair or Susu Gooday
3. Tepung kastad (2 sudu)

Cara membuatnya :-

1. Panaskan PENGUKUS
2. Campurkan gula, susu cair, telur & esen vanila, pukul sehingga kembang
3. Sapu butter pada roti, kemudian potong tiga segi or empat segi (ikut loyang korang la)
4. Susun roti lapisan pertama, tabur kismis
5. Susun roti lapisan kedua, tuang campuran *2* td sampai tutup roti
6. Tabur kismis & serbuk kayu manis
7. Masukan kedalam pengukus selama 20-25 minit
8. Pas masak, sejukan seketika dan kemudian masukkan kat peti ais

Sos kastad plak :-

1. Campur gula dan susu, pukul hingga kembang
2. Masukan tepung kastad  n pukul sehingga rata
3. Masakan diatas api yg sangatttt kecil & pastikan tidak pekat (xsampai 3 minit pun)
4. Tuangkan kedalam mangkuk dan sejukkan seketika

Senang kan, masa nana buat nie xberpeluh pun..hihihi.. Akhirnya dapat gak nana makan puding roti kukus ngan sos kastad buatan sendiri... cam xpercaya jew tp percayalah. Inilah hasil & buktinya....




Isnin, 23 April 2012

Sape yang cantik? Sape yg manis?

Dengar coletah JOHARA di ERA pagi2 memang menghiburkan....

Lagi2 bila segmen "SAPE YANG CANTIK? SAPE YANG MANIS?...
MAK JEMAH la.... (mmg ADMIRE ngan mak jemah nie..motippp?)

Nana ada add video kat my wall... jom kita gelak sama2... moh leeee


B.I.N.G.I.T

Dah lama tak up entry...

just nak tulis Nana BINGIT!

sekian, terima kasih