CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 28 Februari 2013

Tsunami ADAM & HAWA


Since August 2012 aku dengar budak-budak opis sibuk bercerita pasal drama "Adam & Hawa".Punyalah ramailah my opismate baik guys or lady yang fanatik with this drama. Macam2 komen good dramala, script mantapla, pelakon bestla, hensemla, comeyla.Apa taknye hero Aaron Aziz & heroin nye plak Nadiya Nissa (sapekah dia nie??? - masa nie aku tak tengok lagi this drama tue yang cam blur2x)

Setelah beberapa bulan, akhirnya tamat gak drama "Adam & Hawa" nie.So ramailah my opismate yang senyum kepuasan sebab happy ending katanya.Kesemuanya ada 80 episod.Mula-mula nana tak amik port pun.Sikit pun takde perasaan or hati nak tengok this drama.Sampailah satu hari, tengah2 layan lagu Hafiz feat Siti Nurhaliza - Muara Hati tetiba terdetik nak tengok apa bestnya drama "Adam & Hawa". Nana pun mulalah mengunakan khidmat sakti Mr.Google untuk baca sinopsis this drama, dah puas baca & scroll komen2 rasa cam teruja plak nak tengok drama nie.

On the next day, aku pun startlah layan drama Adam & Hawa kat Dailymotion .Aku just amik masa 3 hari untuk habiskan 80 episod. Mana taknya kat opis pun, dengan muka tak bersalah sambil wat keje, reply email customer aku still leh tengok cite nie... ini baru multitask namanya...kannnnnnnn! Tak rugi bos amik aku keja kat sini. Opps maaf eyh, aku bukan mengular, cukup time keje settle. Tapi sepanjang aku layan drama nie kadang2 wat aku gelak sorang2, bila part sedih emosi aku pun sama2 lah sedih (SENDU btul dak Nana nie..). Inilah dinamakan penghayatan. Opismate aku hangin je tapi AAK (ada aku kesah..korang jeles kan..kan..kan).Akhirnya selesai gak lah cite Adam & Hawa.

So rumusan yang boleh ku simpulkan, drama Adam & Hawa memang terbaik. Boleh dikatakan pengarah cite nie memang betul2 mengkaji dan berjaya menghidupkan watak2 seperti yang dikarangkan oleh penulis novel tersebut iaitu Aisya Sofea. Barisan pelakonnya jugak tak mengecewakan. Thumbs up for you guys!


Sinopsis Adam dan Hawa: 
Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.

Apakah kesudahan kisah cinta mereka?



Kalo korang nak tau apa ending this drama, tengoklah sendiri eyh kat sini link

Tiada ulasan: