saya adalah saya.saya bukan siapa2 tp ISTIIMEWA dimata & dihati dia.saya selalu BLUR+CLUMSY.saya melatah.saya suka cite korea tp xsuka K-POP.UNGU kaler feberet.kasut saya saiz 5. saya suka makan nasi ayam. allergic ngan seafood + tauge.saya ada NIA & NEO. yang pasti saya seorg wanita yg tidak sempurna dan tidak lari dari melakukan kesilapan.
Saya bukan sesiapa kepada anda tetapi saya TERISTIMEWA buat dia.BLOG ini hanya sebagai diari kehidupan tentang Nana Wahida. Segala ENTRY dan aktiviti yg diupdate atau diupload adalah dari pandangan peribadi diri sendiri bukan dari perspektif pihak luar atau dituju kepada sesiapa pun yang membacanya. Saya tidak minta dihargai cukuplah sekadar menghormati kisah hidup saya sebagai insan dimuka bumi ini.
Pejam celik pejam celik, my buah hati pengarang jantung dah nak gie sekolah. Aikkk... bukan my boboiboy nie baru 3 tahun ke? Yup, memang dia baru 3 tahun tapi mummy & daddy dia dah decide untuk hantar dia gie kindergarten.Dia semakin bijak,akal dia dah macam orang dewasa, mulut dia kalo bercakap dah mengalahkan orang tua, cuma perangai je masih cam kanak-kanak ribena.
ini mmg pose kesukaan danish...berdiri cam tiang :)
2nd pose cam malu-malu kucing
Bila my sister hantar his picture pakai baju sekolah, nana nangis sebab tak patut rasanya mummy & daddy hantar dia gie sekolah.Awal sangat. He still small and my buchuk still minum juju dalam bottle (sebab dia pelat..susu jadi juju)sambil gentel bantal busuk.Puas nana pujuk supaya my sister tunggu dia 4 tahun, banyaklah alasan memgarut nana bagi kat my sister tapi dia wat derkkk jew... tak makan saman btul la adik nie... last2 aku plak yg sakit hati
Danish really excited to go school. He will have new friend and I hope he can be a good boy.
No juju, no pampers and no bantal busuk. Camnelah anak ibu nak harungi semua nie eyh.. uwaaaaaa ibu plak yang over kannnn
Oklah, walaupun ibu tak setuju mummy & daddy hantar abang danish gie sekolah but ibu doakan supaya Muhammad Danish Zafril b. Badlee Niezam jadi anak yang cerdik & pintar dalam mengharungi cabaran ilmu dunia & ilmu akhirat. Nanti ibu balik seremban ibu belikan Danish sumthing for new chapter in your life.
Jangan malas gie sekolah & Ibu love Danish banyak2!!!!!!!!!!
Since August 2012 aku dengar budak-budak opis sibuk bercerita pasal drama "Adam & Hawa".Punyalah ramailah my opismate baik guys or lady yang fanatik with this drama. Macam2 komen good dramala, script mantapla, pelakon bestla, hensemla, comeyla.Apa taknye hero Aaron Aziz & heroin nye plak Nadiya Nissa (sapekah dia nie??? - masa nie aku tak tengok lagi this drama tue yang cam blur2x)
Setelah beberapa bulan, akhirnya tamat gak drama "Adam & Hawa" nie.So ramailah my opismate yang senyum kepuasan sebab happy ending katanya.Kesemuanya ada 80 episod.Mula-mula nana tak amik port pun.Sikit pun takde perasaan or hati nak tengok this drama.Sampailah satu hari, tengah2 layan lagu Hafiz feat Siti Nurhaliza - Muara Hati tetiba terdetik nak tengok apa bestnya drama "Adam & Hawa". Nana pun mulalah mengunakan khidmat sakti Mr.Google untuk baca sinopsis this drama, dah puas baca & scroll komen2 rasa cam teruja plak nak tengok drama nie.
On the next day, aku pun startlah layan drama Adam & Hawa kat Dailymotion .Aku just amik masa 3 hari untuk habiskan 80 episod. Mana taknya kat opis pun, dengan muka tak bersalah sambil wat keje, reply email customer aku still leh tengok cite nie... ini baru multitask namanya...kannnnnnnn! Tak rugi bos amik aku keja kat sini. Opps maaf eyh, aku bukan mengular, cukup time keje settle. Tapi sepanjang aku layan drama nie kadang2 wat aku gelak sorang2, bila part sedih emosi aku pun sama2 lah sedih (SENDU btul dak Nana nie..). Inilah dinamakan penghayatan. Opismate aku hangin je tapi AAK (ada aku kesah..korang jeles kan..kan..kan).Akhirnya selesai gak lah cite Adam & Hawa.
So rumusan yang boleh ku simpulkan, drama Adam & Hawa memang terbaik. Boleh dikatakan pengarah cite nie memang betul2 mengkaji dan berjaya menghidupkan watak2 seperti yang dikarangkan oleh penulis novel tersebut iaitu Aisya Sofea. Barisan pelakonnya jugak tak mengecewakan. Thumbs up for you guys!
Sinopsis Adam dan Hawa:
Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik
kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya
bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di
peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan
ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama
jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan
berperangai ala playboy.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku
peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh
berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi
membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang
mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya
difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain
Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri
yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai
suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan
Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai
isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu
kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain
kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apakah kesudahan kisah cinta mereka?
Kalo korang nak tau apa ending this drama, tengoklah sendiri eyh kat sinilink
Hari nie nana Off Day.
Mr. Hubby work and my MIL & FIL kluar gie Johor.
Nana sorang-sorang. Pas solat subuh sambung tido.
Wake up, kemas katil dan pastu buka tingkap... arghhh segar dan nyamannya udara hari nie tapi cam nak ujan jew... tak kesahlah
On MP3...
Amik tuala dan masa untuk bersiram
Tapi sblum mandi sempat masukkan baju kat mesin basuh dan tekan butang START... senangkan zaman skrg semuanya mesin yg buat
Pas bersiram dan bersiap, its coffee time (sehari tak minum kopi cam serba tak kena)
Sambil minum, nana baca online newspaper
Masa untuk jadi surirumah (menyapu,mop lantai, sidai baju, kemas dapur)
Setelah selesai Mr.hubby kol and cakap tak payah masak, dia ajak makan jluar (suke..suke..suke)
Pastu solat Zohor, kitaorg kuar gie makan kat Changi City Point
Pas makan, window shopping (sempat la beli kasut wat tambah semak my shoes cabinet..)
Balik, rehat jap sambil tgk Mr.Hubby main PS3
Ujan kat luar semakin lebat dan langit gelap cam dah kul 7 mlm padahal baru kul 3 lebih
Ntah camne leh terlelap, sedar dah kul 5... bangun and solat Asar
Gie dapur wat minum petang, nana goreng cucur udang (sedapnya makan panas2 sambil cicah sos)
Solat maghrib berjemaah dan pastu Mr.Hubby kol pizza (YES! tak payah masak)
Pizza sampai, makan sambil tengok online movie cite "Wawa Semput"(lawak der n boleh hilangkan stress)
Sebelum tido solat Isyak dan Selamat Malam semua.... zzzZZZZ
2.15 PM
JUMAAT (Pas lunch kat Changi Village ngan Kak Mas, Hope, Zaidah & Kak CT)
Baru pas kol my beloved mom.Dia ngah rehat2 ngan cucu kesayangan dia. Sape lagi kalo bukan si Boboiboy tue.Alhamdulillah, mak dah tak demam lagi cuma gusi dia je still bengkak. Apa punya doktorla, mak ngah demam dia leh cabut gigi mak. Nasib baik aku jauh...
"Insyaallah, esok baiklah tue, along tak payah risaukan pasal mak.Angah ngan adik kan ada,kak lang ngan ummie pun datang tengok2kan mak"... Inilah ayat yang slalu mak REPLY bila aku bising2 pasal diri & kesihatan dia.
Pn. Faridah bt Wahab, 51 tahun. Menghidap "breast cancer". Tahun 2012, 1st operation untuk buang her right breast. Mak sangat tabah dan kuat semangat, walaupun pada mula2 dulu dia rasa rendah diri sampai tak nak kuar dari bilik. Mak asyik berkurung dalam bilik, menangis dan malu dgn keadaan diri dia.Almost 3 months after operation mak dalam dunia dia. Tapi kitaorg adik beradik tak pernah putus asa. Macam2 kitaorg buat untuk pulihkan kembali semangat mak. Kalo korang nak tau penyakit kanser memang takde ubat.Bak kata doktor, ubat untuk pesakit2 kanser hanya semangat tuan punya diri. Puas kitaorg bawa mak berubat, macam2 ubat and supplement kitaorg beli untuk mak. Hinggalah satu hari, aku pujuk dan daftarkan mak untuk "PRIDE" - Breast Cancer Support Group in Seremban. Sejak mak joint this group alhamdulillah, mak banyak berubah. Dia dah yakin dgn diri sendiri.Mak cakap ada orang lain lagi teruk sakitnya dari mak. So, sekarang nie mak sentiasa sibuk ngan aktiviti2 kebajikan dan keagamaan.
Tapi sejak akhir2 nie kesihatan mak sangat merisaukan aku. Asyik demam je.Tak lalu makan.Mak still kena gie medical check up every month without fail. Last month, mak nye latest health report dah kluar. Doktor cakap mak punye left breast ada ketulan tapi tak aktif.Doktor will monitor and akan after 3 months, sekali lagi mak kena wat mammogram. Sekiranya ketulan itu membesar dan kembali aktif, kemungkinan akan ada 2nd operation untuk remove that things. Mak cakap dia tak kesah untuk operation tapi dia tak sanggup nak buat rawatan kimoterapi & radioterapi. She really suffered on that medical treatment.Buat masa sekarang,mak hanya makan supplement and amalkan makan minyak zaitun and No STRESS!
Kitaorg adik beradik tahu mak kuat semangat dan boleh tempohi semua dugaan yang Allah S.W.T berikan. Selagi mak masih ada, kitaorg akan cuba tunaikan apa pun impian mak.Apa yang mak minta atau inginkan kitaorg adik beradik akan berusaha buat yang terbaik utk mak....Insyaallah.
ORANG KATA.....
Hari nie hari kekasih.
Hari menghargai pasangan anda.
Masa nielah harga bunga,coklat & teddy bear bukan main mahal...sekuntum bunga rose pun leh jadi RM 20.00
Mesti hotel & restoren pun fully booked
Ramai boypren2 kat luar sana yg menangis dalam hati,duit dah banyak abis beli present untuk amik hati gurlpren....(baru tengah bulan oittt!!!! makan megi la jawabnya)
Ramai penguatkuasa agama (JAIS,MAIS,JAINS dan sebagainya)kena keje overtyme
AKU KATA.....
Bukan ke kita perlu berkasih sayang setiap hari?
Tapi sebelum kita hargai & sayangi orang lain mulakan dengan diri kita sendiri
Sayangilah diri kita dulu pastu baru leh sayang menyayang kat "Chenta Hati" (oppsss sory Shilalas)
Kita sayangi family lagi best! Sebab tanpa mereka kita takkan kenal erti kasih sayang
Sebenarnya lebih afdal kita sayang kat Allah S.W.T (Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihi)
Walau apapun pandangan korang kat luar sana, marilah kita terus saling sayang menyayangi!
Wah lamanya nana tak update apa2 kat sini. Nak kata sibuk takla sangat tapi takde masa kot..hehehe
Oklah.. sebagai permulaan, harap tak terlambat lagi nak ucap Selamat Tahun Baru 2013.
Tahun baru, status baru, tempat baru dan alhamdulillah Nana dah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini.Tapi nana still "homesickness". So seminggu sekali Mr.hubby mesti bawak nana gie JB. Bila dah lepas MY Kastam, rasa release sangat, happy cam tahap maksimum...hurmm susah nak gambarkan tapi memang lain sangat rasanya. Padahal udara kat sini sama je tapi itulah bak kata pepatah 'Hujan emas dinegara orang, Hujan batu di negara sendiri tp tetap best hujan batu kat negara sendiri'. Saya bangga jadi ANAK MALAYSIA :P
Mula-mula dulu rasa cam susah nak sesuaikan diri but after few months ngan support from Mr.Hubby, his family and my opis mate, akhirnya i feel welcomed! Nana banyak belajar perkara baru. Cara hidup kat sini tak la banyak beza pun cuma kat sini Nana cam tak cukup masa. Rushing for nothing! Kat sini nana jumpa banyak makanan yg nana tak pernah jumpa sebelum nie. The taste OK-OK lah but ada yg best dan ada yg tidak menepati seleraku (masa nilah asyik ingat masakan My Beloved MOM). So bila pegi JB, me & hubby akan makan puas2 (arghhh sbb tue me put on weight...)
Oklah, nana stop kat sini dulu. Will continue lagi bila free...insyaallah
Video klip pilihan kali ini ialah APO KONO EH JANG......enjoy