Sebenarnya siapa yang kamu pilih iaitu AKU sebagai suamimu atau IBUMU???
Lalu engkau sebagai isteri menjawab "Sudah kuberitahu dari dulu bahawa aku memilih ibuku"
Mendengar jawapanmu itu aku sebagai suamimu hanya boleh terdiam, namun hati kecilku terasa lirih dan hanya mampu berharap dalam doa semoga Allah SWT menganugerahkan kedewasaan fikiran kepadamu, aku yakin kelak engkau pasti menyedari fitrah dan kedudukanmu sebagai seorang ISTERI.
Ingatlah, sebaik sahaja aku sah dan halal sebagai suamimu, aku telah MEMBELI jiwamu dengan jiwaku, menukar kebebasanku dengan tanggung jawab dunia akhirat. kupertaruhkan jiwa ragaku berlandaskan Islam sebagai agamaku. Menunaikan perintah Allah SWT tapi sayangnya engkau belum boleh menyedari fitrahmu ISTERIKU...
Walaupun begitu, aku sebagai suamimu tetap menyayangi & menyintai dirimu hingga akhir hayatku.....
Wassalam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan