Hampir 10 tahun aku menyewa rumah di shah alam dari zaman aku study (sgt muda belia) sampai aku dah matured katanya, pelbagai ragam, sikap & karenah aku temui & lalui. ishhh macam2 drama smpai xlarat aku nak flash back... TAWA, SEDIH, MARAH, SUKA, BENCI, KEDEKUT, TERLALU RAMAH, TERLEBIH HORMON, WAYAR INCOMPLETE,SENGAL, POYO, pendek kata sume ada la..
Tp dalam byk2 housemate, ada sorang yg nana sgt sayang & bersyukur ditemukan.Kami serumah, sebantal, sepinggan, setoilet (tp asing2 la), dialah insan yg sgt memahami & sentiasa ada masa aku susah atau senang. Baik aku atau dia, kami xpernah berkira, kedekut atau sebagainya. Kami xpernah bergaduh, bermasam muka or terkecik hati, kami suka berbincang, meluahkan perasaan or minta pendapat (wlpun kdg2 kitaorg berbeza pendapat) tp serius aku xpernah makan hati ngan dia. 10 tahun kami tinggal serumah dan xpernah ada masalah HATI & PERASAAN cam iri hati or busuk hati langsung xde wujud dalam hidup kitaorg
Dia macam tangan kanan utk aku.Cuci baju, sidai baju, iron baju aku sgtla rajin tp time nak lipat baju tersgtla MALASSSSSS tahap gaban. So, dia akan lipatkan baju utk aku dan aku just tgl nak masukkan dlm almari tp itupun aku still malas dan akhirnya dia la yg wat. Baikkan dia...dah 10 tahun wei dia tolong aku lipat baju tanpa upah..huhuhu...
Bila aku minta tolong apa pun, kalo dia leh wat dia akan wat, kalo dia xleh wat dia bgtau aku. Terus terang, xde simpan dalam hati. Camtu gak ngan aku. Aku suka "mengorder" macam2 kat dia tp dia wat jew tanpa bantah. Aku teringin makan nasi goreng, balik keje tgk dah siap. Terasa nak makan dadih, aku gie beli brg2 pastu malam kitaorg wat sama2. Sweet kan tp kitaorg bukan lesbian eyh. Kalo aku cari baju xjumpa, pastu aku bising2 + bingit2, so dia pun bangun tolong carikan dan sure mesti dia jumpa sbb dia kan organizer lipatkan baju aku...so dia tau mana latitude or magnitude baju2 tersebut...hehehe
Tp ada satu peristiwa yg buat aku sgt2 terharu. Hari Ahad mak ada bekalkan gulai ikan patin masak tempoyak campur bunga kantan, sgt marvelous sampai aku ingin menapaunya ke opis on the next day. So sebelum tido aku dah siapkan tupperware sbb esao nak tapau kan..kan..kan.Seperti biasa selagi jam xkul 6.45am aku xkan bgun (enjoy selagi masih single), konon2 nak lelap 5 minit tp camne leh terlajak. Apa lg kelam kabut mandi ngan bersiap. Hati dah sedih sbb xsempat nak panaskan & tapau gulai ikan patin..sob..sob..sob. Kluar dr bilik aku tgk atas meja makan dah siap bekal utk aku. Rasa nak menangis sbb dia dah siapkan utk aku, dia sgt prihatin & memahami aku. Aku sendiri xkan mampu buat apa yg dia telah wat utk aku.
Mesti korang nak tau sape "dia" yg aku ceritakan. Dia ialah NORAKMALIAH a.k.a KEMA.
Hanya Allah SWT yg mampu membalas segala kebaikan & kebajikan yg dia telah,sedang or akan buat pd aku & keluargaku.
Dan, insyaallah my teman sejati akan bertunang pada bulan Mei 2012 dan melangsungkan perkahwinan pada Januari 2013.
Diharap ikatan persahabatan kami akan dirahmati & diredhai oleh-NYA. Amin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan