CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 22 Mac 2013

R.E.M.B.A.U Most Wanted


REMBAU adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan. Masih mengekalkan adat pepatih dan diwariskan dari generasi ke generasi. Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' cukup sinonim dengan budaya masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Bulat anak buah menjadikan Buapak
Bulat Buapak menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu
Bulat Penghulu menjadi Raja
 
Nak tau apo suku-suku yang ado kek nogori sembilan ...moh dongar lagu nie.....(yang ada PURPLE highlite)


Yo WARIS...R..E.M.B.A.U MOST WANTED yo
I representin’ this place
Where people say murder is the case
R.E.M.B.A.U
The food gonna make your tongue blaze
That forward hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
That’s what I’m doin’

Hobin Jang Hobin
We ain’t no trippin Jang
Tahun dopan ado laie Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang yo
Duo satu kocik bonar
Ompek satu sonyum lebar

Teringek bilo poghah kerigek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nak mati tapi gaji kocik anak
Itu urang dulu
Tak macam budak-budak sekarang
Susah sikit ja
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik-kocik cito-cito angkosawan
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo’an daratan
Sapo tak pueh hati meh kito jumpo dopan-dopan

Chorus
Being the most wanted
Don’t wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted yo
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin’
Rembau Most Wanted yo

My brain works faster than computer
Cuz I’m the prime mover
Entrepreneur yes I am
We’ve been busy chasin’ dollars
Chillin’ at Mui Fong with my homies yaw
And if you keep talkin’ shit others might listening bro
Then gangin’ up, just pick up your gear
Listen dear
I ain’t messin’ with the coward
I ain’t messin’ with the fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don’t wake me up from my dream C.R.E.A.M

Lembu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dah ghobeh
Baru payung nak dibuko
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah’an semuo urang

Polik bona bilo pikir orang tuduh bukan-bukan
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik ekau boleh poie jalan

Ulang Chorus 2X

Paya kumbuh, where you at?
Tigo Nenek, where you at?
Tanah Datar, where you at?
Batu Hampar, where you at? Where you at?
Biduanda, where you at?
Somo Lenggar, where you at?
Solomak, where you at?
Anak Mukal, Anak Acheh, where you at?
Mungkar, where you at?
Anak Melako, where you at?

Tigo Batu
Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?
Duo boleh

Isnin, 11 Mac 2013

SERIOUS.... Aku nangis!


Tiada kata-kata yang dapat aku gambarkan dan tidak dapat juga aku bayangkan sekiranya aku berada ditempat mereka. Tabahkah aku? Yang pasti setiap yang terjadi pasti ada hikmah dari-Nya.

Nana memang kagum dengan mereka sekeluarga terutamanya wanita didalam video ini. Semoga mereka sekeluarga akan terus tabah dan gembira dalam mengharungi segalanya.


Yup...Nana nangis tonton video nie. Gugur airmataku, pulak tue tisu takde apalagi lap kat baju la jawabnya..hehehe (ala korang cam tak pernah buat jew...) Kalo korang tak caye, try la tengok (jgn lupa standby tisu tau)





Jumaat, 1 Mac 2013

ASAL USUL ULTRAMAN


Nana cam tertarik plak nak kaji asal usul ULTRAMAN nie. Nana tau ini semua adalah cerita sains fiksyen or fantasi or rekaan semata-mata. Tiada kena mengena bagi yang masih hidup atau pun arwah tu baik orangnya. Tapi kalo korang nak tau inilah cerita kartun yang bertahan sampai sekarang. Betul tak tipu. Masa my beloved mom kecik2 dulu inilah kartun kesukaan dia (hurmmm...mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi..kannnn) So bukan salah cucu la, neneknye pun suka gak ngan Ultraman nie. Cuma dulu watak Ultraman tak ramai cam sekarang...Kenapakah? Bagaimanakah? Inilah issue yang akan nana kupaskan (wah...ko ingat kentang ke nak kupas-kupas...:P) Jom kita berkenalan ngan hero pujaan hati DANISH!

Rancangan Ultraman ini diterbitkan oleh Tsuburaya Productions, dan disiarkan melalui rangkaian Tokyo Broadcasting System (TBS) mulai 17 Julai 1966 hingga 9 April 1967, dengan sejumlah 39 episod (40, jika diambil kira rancangan istimewa sebelum tayangan perdana pada 10 Julai 1966).... (Hah! kan betul nana cakap cite Ultraman nie dah wujud berkurun lama ....)
Meskipun Ultraman adalah siri pertama yang menampilkan mahkluk Ultra, namun ini sebenarnya Siri Ultra yang kedua; Ultra Q adalah yang pertama.Untuk membezakannya daripada wira-wira Ultra yang lain, Ultraman digelar "Ultraman yang asli" Shodai Urutoraman) Ultraman pertama, Ultraman Hayata (iaitu nama perumahnya) atau cuma Man.

Statistik Ultraman
  • Tinggi: 40 m (130 kaki)
  • Berat: 35,000 tan
  • Umur: 20,000 tahun Bumi
  • Kelajuan terbang: Mach 5
  • Ketinggian lompatan maksimum: 800 m (2,600 kaki)
  • Kelajuan larian: 450 km/h (280 bsj)
  • Kelajuan renang: 200 knot (230 bsj)
  • Kekuatan fizikal: boleh mengangkat sebuah kapal tangki 100,000 ton (raksasa Skydon dua kali beratnya)
  • Pekerjaan: Guru di Universiti Angkasa; Ketua Pejabat Bima Sakti Garison Angkasa 
  • Struktur keluarga:
    • Bapa: Pengarah Lembaga Keselamatan Angkasa
    • Ibu: Guru di Sekolah Ultra
  • Bentuk manusia: Shin Hayata
  • Alat Penukaran: Beta Capsule
Senarai AHLI ULTRAMAN
Hayata
Zoffy
Ultraseven
Jack
Ace
Taro
Father of Ultra
Mother of Ultra
Leo
Astra
80
Yullian
King of Ultra
Jonias
Ultramans USA – Ultraman Scott
Ultraman Chuck
Ultrawoman Beth
The Great
Powered
Neos
Ultraseven 21
Zearth
Tiga
Dyna
Gaia
Agul
Cosmos
Justice
Legend
The Next
Nexus
Noa
Max
Xenon
Mebius
Mebius Infinity
Hikari
Ultraseven X
Reimon ( Ultra Galaxy : Daikyaju Battle )
Ultraman Nice
Ultraman Boy
Ultra Idemitsujin – Ultraman Hotto
Ultraman Kitto
Ultraman Motto
Ultraman Alpha
Ultraman Android
Ultraman Elite
Ultraman Milenium
Dark Ultraman
Hanuman
Ultramans Ancient
(patutlah ULTRAMAN selalu menang sebab lebih ramai dari RAKSASA)

AHLI Raksasa
GAMBAR- GAMBAR KELUARGA (ahakzzzz)



  


VIDEO

Oklah, ini saje yang dapat Nana kongsikan mengenai salasiah keluarga Ultraman nie. kalo nak diikutkan banyak lagi tapi pandai2 la korang cari sendiri. Kagum gak aku bila tau besar betul ahli keluarga diaorg nie. Apapun, cite "Detective Conan" dan "Dragon Ballz" tetap menjadi pujaan hatiku....

Sekian, terima kasih (nampak sangat hari nie aku takde keje kannnnnnn)


***semua info diperolehi dari WIKIPEDIA 

NENEK & CUCU

JUMAAT
KAT OPIS, KAT MEJA AKU, NO SHARING2 PC, TAK TAU NAK WAT APE

Hari ni cam slow and sendu sangat. Dari pagi aku asyik tengok jam. Jarum saat tue cam tak bermaya je. Hari nie tak banyak keje. Aku pun amik kesempatan tepon mak.

AKU : ASSALAMMUALAIKUM MAK, WAT APA TU? 
MAK : W'KUMSALAM,TENGAH TENGOK CITE ULTRAMAN 
AKU : AIKKK..TAKDE CITE LAIN KE MAK (sambil aku gelakkan mak aku) 
MAK : CAMNE AKU NAK TUKAR CHANNEL LAIN KALO DAH REMOTE ASTRO TUE SI BUJANG NIE PEGANG 
AKU : SAPE? 
MAK : SAPE LAGI LA KALO BUKAN CUCU AKU MERANGAKAP ANAK BUAH KO. AKU NIE LANGSUNG TAK LEH NAK TGK BERITA KE,DRAMA KE... AKU DAH NAIK MUAK. DAH BOLEH HAFAL SEMUA KETURUNAN ULTRAMAN NIE 
AKU : ALA NGAN CUCU SORANG PUN TAK MO BERALAH 
MAK : BUKAN AKU TAK NAK MENGALAH, KANG BILA CITE NIE DAH ABIS. DIA AJAK AKU BERLAWAN. "abg danish ultraman, nenekplak raksasa" ITU JE LAH MODAL DIA (sambil mak mengajuk cara cucu kesayangan dia bercakap) 
AKU : (aku ketawa cam nak pecah perut...sampai kuar air mata dengar luahan hati mak aku....) 
MAK : PULAK TU DIA TAU JE CITE ULTRAMAN TUE START KUL BRAPE...APA NAMA ULTRAMAN TUE SEMUA DIA HAFAL. MEBIUS LA , DAIA LA (cam sabun pun ada gak...hehehe),TARO LA.. BILA AKU SURUH MEMBACA KE, MEWARNA KE, MENGAJI KE, ADA JE ALASAN.... "abg danish nie penatla nenek... abg danish kan kecik lagi la nenek"... MACAM2 ALASAN DIA BAGI 
AKU : MAK PUN, BILA CUCU TUE ADA MEMANJANG BERGADUH JE, BILA CUCU TUE TAKDE TAU PLAK RINDU-MERINDU, TERCARI-CARI... apa saje lah mak nie.. OKLAH MAK MALAM NANTI ALONG CALL LAGI EYH
MAK : KO TEPON NAK CAKAP NGAN DANISH KE? JANGAN HARAP DIA NAK LAYAN. DIA NGAH KHUSYUK TENGOK ULTRAMAN GADUH NGAN RAKSASA.
AKU : TAU DAH, OKLAH MAK ASSALAMMUALAIKUM..BUBAI
MAK : JAGA DIRI BEBAIK, W'KUMSALAM

Sekian, itu je..... (sampai skrg aku still senyum sorang2 sebab aku membayangkan Danish jadi Ultraman & my Bonda tersayang jadi raksasa...hehehehe...)